Monday, July 13, 2020

Diam

    Ada hari, kotak suara kau juga perlu berehat dari memuntahkan segala bait bait kata yang terbuku dalam hati, ada juga hari yang tanpa permintaan kotak suara, hanya kemahuan diri. Duduk, senyap pada suatu tempat, tak perlu bersuara tapi cukup hanya fikiran yang pesat dengan kata kata. tidak mahu bergerak tetapi hanya mahu duduk dan termenung!

 Bilamana situasi ini berlaku, banyak tanggapan dilontarkan dari orang sekeliling. Itu la dunia dan itu juga la manusia bersama tanggapan yang ingin nyatakan yang ikhlas dari hati setiap insan. mungkin!

ini mesti sedih
ini mesti putus cinta
ini mesti gaduh ni
ini, itu ..... !


    Dengar ya! ada tika dalam hidup kau perlu berehat. bukan sekadar diri malah luahan suara diri kau juga berehat, ada ketika kau juga perlu buat hal sendiri tanpa perlu fikirkan orang lain yang masih selfish. Itu juga salah satu ketengan yang kau sendiri rasa dengan sendirinya tanpa perlu kerah tenaga yang banyak. itu la cara untuk lebih kenal diri sendiri..

    Bukan buang tabiat bila kau seorang yang bising dan satu masa kau seperti orang bisu. itu la masa yang betul ikhlas kau ada untuk diri kau dan kasihankan diri kau :)


    oh minda tak perlu sempit sangat. dalam dunia hidup bukan dengan pasangan tapi berjuta manusia ciptaan tuhan yang ada di muka bumi!

0 comments:

Post a Comment

 

LIVE FOR LIFE Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea