Monday, July 13, 2020

suara hati

dalam hidup, kadang kau sendiri tak tahu apa yang kau cuba capai dan jalan mana yang kau patut tuju. dan kadang kala juga kau rasa diri sendiri umpama sifar tanpa satu pun pengetahuan atau perkembangan dunia. nak sedih gembira? kadang tu pun confuse! 

ya! padanmu, yang mencipta segalanya, yang juga bisa merubah semuanya. aku hambamu yang banyak kurangnya, yang penuh dengan leka dan juga penuh dengan mewahnya dunia tapi masih lagi ingin meminta.

agar kau masih disampingku tika jahilnya aku dimata dunia apatah lagi dimatamu. semoga untuk jadi yang terbaik dan kekal terbaik buat selamanya. Di saat ingin mencorakkan sesuatu yang baru, aku rasa perubahan itu tapi masih lagi perubahan itu kembali seperti sedia kala. masih lagi leka dan teruja dengan kaburan dari iblis untuk melalaikan hambamu. drama dunia!

aku tahu, nak diikutkan hitungnya dosa? terlalu banyak dan tak terkira apatah lagi nak meminta denganMu? sama sekali tak layak. cuma aku ini hambamu yang kadang kala nya hati ini merintih ingin berubah walaupun masih tetap tersasar untuk sekian kali percubaan. yang mahu kembali di sisiMu dalam keadaan mulianya aku sewaktu barunya aku dilahirkan melihat duniaMu dan dibenarkan untuk menetap di rumah indah seperti kau janjikan buat insan yang meminta.

Aku manusia yang sentiasa cuba untuk jadi lebih baik dan minta agar kau bantu aku dan kekalkan aku dalam keadaan yang baik baik saja, aku penat dengan sekian drama dunia yang aku harus harungi. semoga kau juga terus bersama aku hingga akhir nyawa ku! Dan semoga doa doa aku di angkat pada waktu yang tepat dengan hati yang benar ikhlas.

Amin!

0 comments:

Post a Comment

 

LIVE FOR LIFE Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea