Wednesday, April 15, 2020

kecewa

Bear GIFs | Tenor


kau pernah janji, untuk ada dengan aku
dalam semua perkara tapi sunyi. 
walaupun dalam semua benda buruk yang jadi
mungkin bukan sekarang.

kau, pernah cakap keikhlasan itu engkau,
untuk berkawan dengan aku tapi sayang, 
hanya sekadar percakapan dan bual kosong
dari kau tanpa sebarang kenyataan  malah 
perbuatan kau yang kukuh
tak seiring dengan percakapan kau.

betul, kau pandai berbicara apatah berkata kata manis
seperti semua kebaikan sifat kau. hampir aku tertipu.
sakit itu wujud dan kau yang wujudkan sakit itu cuma 
bodohnya aku kerana terima sakit itu dengan rela hati walhal.

 jangan risau aku cuma penat dan ambil lah semula kata kata kau
janji janji kosong kau. tak perlu aku nyatakan cukup
hanya kau yang tahu  dan aku yakin kau terlalu beremosi,
jangan risau aku sudah maafkan cuma....
cuma masih ada rasa sedikit kekecewaan
buat kau dan untuk pengetahuan kau
aku tengah merajuk mohon pujuk aku please. 

0 comments:

Post a Comment

 

LIVE FOR LIFE Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea