aku tulis ini jujur dari hati yang tidak suka mahu menipu tak ada kata yang boleh aku gambarkan untuk permulaan, tanpa sedar semua secara semula jadi, click!! ( pofffff sound effect hahaha ) boleh ngam, borak, gaduh, marah? merajuk ? hahahaha kelakar! kadang yang tak pernah difikir dek akal tu yang manis, ikhlas, semua!
buat pertama kali, aku takde first impression pada seseorang, aneh kan!dan buat sekian kali aku kenal figura yang sangat aneh, aneh dari banyak sisi mungkin yang mengenalinya akan faham, tapi itu aku tutup rapat hanya untuk diri aku saja yang tahu seperti mana tuhan kunci mulut aku untuk tidak berbicara mengenainya (baik kan aku hahaha)
kadang aku cuba lihat engkau dan faham kau dari tiap sisi aneh kau, percaya atau tak, ada yang aku berjaya dan aku juga kecundang. aku sendiri pening untuk lihat sisi selain sisi yang kau tunjuk. kadang ada juga kau tunjuk tanpa sengaja, tunjuk sisi aneh kau, hahaha itu cute! (tak boleh selalu puji nanti hati terlalu berbunga)
dari sisi aneh tu buat aku rasa selesa, banyak cerita banyak konflik yang jadi tanpa dijangka pun, tapi seorang nur zulaikha yang comel dan brutal ni chill. kita ok selagi mana orang tu mampu untuk tak bersandiwara diri sendir apatah lagi dengan aku, im fine hahahaha
mungkin rasa selesa, walaupun kenal itu dalam jangka yang singkat tapi tu la. uniknya seorang nur zulaikha. (up diri jap hahah) dia cakap aku susah nak difaham antara yang dia pernah kenal ini yang suka buat dia susah hati, risau mybe? kadang boleh buat duduk tak senang, bila dengar aku rasa geli hati hahahahahahahah kadang aku sendiri tak faham dengan diri aku (opps maafin saya)
walaupun aku dan kau berbeza, tapi kali ni betul rasa happy jujur! tak muhong aih HAHAHA. boleh kongsi rasa , boleh gurau macam kitaorg sebaya tapi masih ada rasa hormat antara satu sama lain. hahahah suka mengusik tu normal, kan ? thankyou sebab ? em wujud dalam hidup aku? walaupun hanya..tut. aci tak ayat tu? aci kan hiks~ (tahu tengah senyum dari awal baca sampai sekarang)
aku harap wujudnya dia, teeeeeeetttt tak boleh cakap, mana boleh share share doa, ikhlas kita allah je tahu hahahahaha. hanya doa yang baik baik saja dari aku untuk dia, takde lain yang aku nak tengok dia happy dengan orang yang dia sayang
kita selit sikit emosi nak ? boleh ek, janji jangan nangis tau hahaha, suatu hari nanti, aku atau kau akan pergi. manusia mana ada kekal kan aku harap nama aku masih ada dalam ingatan kau walaupun bukan hati, dan jangan risau nama kau pasti aku kenang sampai bila bila, zulaikha kan :p maaf untuk segala dosa dan gurauan yang kasar
dan jujur aku happy kenal kau dalam hidup aku.
bila orang tanya anugerah apa yang terindah dalam hidup aku pada ketika ini ? jawapannya kau, kerana manusia yang paling banyak kurangnya aku ini, ada juga seseorang yang sudi mengenali tanpa soal tapi mungkin penat hahahahaah macam kerenah aku dia kena hadap.
terima kasih tuhan, untuk hadiah kau harganya tidak berharga :)"
- pada tarikh - 14 sept 2021 jam 11.49pm
update pada 24 August 2025
Hi, selepas 5 tahun waktu berlalu, aku sambung kisah ini dengan perasaan yang em penuh rasa di dada dan yang pasti antara kita bukan musuh malah bukan besti seperti 5 tahun sebelum. cepat masa berlalu dan tak sangka ayat aku "manusia mana ada kekal" itu adalah salah satu doa aku yang tuhan makbulkan. walaupun kita tidak bermusuhan tetapi masih terasa ruang ruang kosong yang terisi antara kita sekarang. Dah tidak lagi bergurau, bergossip tak ingat dunia, tidak lagi kongsi rasa amarah yang sama, sedih yang sama apatah lagi gembira, tetapi kita bukannya asing. aneh kan? dan aneh itu masih kekal antara kita cumanya perjalanan kita, diri kita dan suasana kita makin berubah. perubahan ini yang aku minta? aku sendiri tidak ada jawapan.
Mungkin betul, tuhan hanya hadirkan kau pada aku hanya untuk seketika walaupun 5 tahun itu jangka yang lama untuk aku. Ada orang cakap kalau kau kekal untuk aku, mungkin aku wanita paling sempurna dan bahagia, tapi aku yakin Allah hadirkan kau hanya jangka waktu tertentu disebabkan satu alasan yang mungkin aku akan dapat jawapannya kemudian walaupun bukan sekarang.
Aku masih bersyukur kerana rasa itu aku pernah rasa. :) walaupun kau pinjamkan hanya untuk 5 tahun. terima kasih tuhan.